Hospital Umra, Shah Alam

Emergency
603 5518 4319
6019 664 4319
Make An Appointment

HIV dan kehamilan

Hasil daripada sekurang-kurangnya dua ujian virologi HIV diperlukan untuk mengetahui sama ada bayi yang dilahirkan HIV negatif atau positif .

‘Human Immunodeficiency Virus’ adalah kuman yang menyebabkan jangkitan HIV. AIDS adalah peringkat jangkitan HIV selepas lima hingga 15 tahun menghidap HIV.

HIV tersebar melalui pendedahan kepada darah, air mani, cecair pramani, cecair rectum, cecair vagina, mengadakna hubungan seks dubur atau vagina atau perkongsian alat suntikan dadah.

Pregnancy concept

Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak?

Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan di luar badan manusia. HIV tidak boleh dijangkiti melalui:

  • Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, atau bekerja dengan pesakit AIDS.
  • Penggunaan kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam.
  • Berkongsi makanan atau perkakas makanan dengan seorang pesakit AIDS.
  • Pendedahan kepada pesakit yang batuk atau bersin.
  • Gigitan nyamuk, kutu atau gigitan serangga lain.

Gejala-gejala penghidap HIV adalah seperti berikut:

  • Ruam
  • Jangkitan sistem pernafasan
  • Jangkitan paru-paru yang teruk dan batuk kering
  • Cirit-birit yang kronik
  • Jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)
  • Jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan)
  • Kanser (contohnya Kaposi’s sarcoma)

TRANSMISI HIV (TRANSMISI MENEGAK)

Penyebaran HIV daripada individu ke individu lain dipanggil transmisi HIV. Penyebaran HIV boleh berlaku dari seorang wanita penghidap HIV ke anaknya sewaktu kehamilan, melahirkan anak dan kepada bayi  selepas kelahiran boleh mengurangkan transmisi HIV. Semua wanita hamil yang disahkan menghidap HIV disarankan mengambil ubat-ubatan HIV. Kebanyakan ubat HIV selamat diambil sewaktu kehamilan. Secara umum, ubat HIV tidak meningkatkan risiko kecacatan kelahiran. Dalam sesetengah keadaan, wanita hamil yang menghidap HIV dinasihatkan menjalani kelahiran pembedahan secara Caesarean elektif untuk mencegah transmisi virus HIV dari ibu ke anak. Bayi yang dilahirkan wanita yang berisiko HIV akan diberikan ubat HIV selama empat hingg enam minggu dalam masa enam ke 12 jam selepas kelahiran. Ubat HIV (zidovudine) mengurangkan risiko jangkitan  daripada mana-mana  HIV yang mungkin memasuki badan bayi ketika bersalin. Risiko pemindahan HIV boleh diturunkan kepada dua peratus. Apa yang paling penting, wanita HIV tidak boleh menyusui bayi.

UJIAN MENENTUKAN BAYI BEBAS HIV

Hasil daripada sekurang-kurangnya  dua ujian virologi HIV diperlukan untuk mengetahui  sama ada bayi yang dilahirkan  HIV negatif atau positif . Untuk mengenal pasti sama ada HIV positif atau negatif, ujian darah yang pertama perlu dilakukan. Hasil negatif yang pertama hendaklah daripada ujian yang dilakukan ketika bayi berusia sebulan atau ke atas, diikuti ujian kedua yang dilakukan ketika bayi berusia empat bulan atau ke atas. Sekiranya ujian menunjukkan bayi adalah HIV positif, ubat HIV iaitu zidovudine akan ditukar kepada gabungan ubat-ubatan  HIV (yang dikenali sebagai terapi antiretroviral atau ART). ART boleh membantu bayi berkenaan. 

Di Malaysia, statistik terbaru yang dipetik menujukkan kira-kira 12,578 wanita menghidap HIV/AIDS daripada keseluruhan 111,916 kes dalam tempoh 30 tahun dengan 413 kes baru dikesan tahun lalu. Meskipun angka  itu hanya meliputi  11 peratus daripada jumlah keseluruhan, kes jangkitan baru terhadap wanita tidak menunjukkan pengurangan atau tanda perlahan berbanding penghidap lelaki. Ini kerana  bagi setiap empat jangkitan baru, satu dilaporkan dalam kalangan  wanita sekali gus menunjukkan peningkatan ketara iaitu satu dalam 10 kes dalam kira-kira sedekad yang lalu. Untuk mengurangkan risiko jangkitan HIV, disarankan penggunaan kondom dengan betul dan konsisten ketika hubungan seks, menjauhi seks rambang dan tidak berkongsi peralatan suntikan dadah. Terapi antiretroviral (ART) adalah penggunaan ubat HIV untuk merawat jangkitan HIV, tetapi dapat membantu pesakit hidup lebih lama dan lebih sihat. Ubat HIV juga boleh mengurangkan risiko transmisi HIV antara individu  kepada individu lain. 

Kesimpulannya, ibu yang hamil dan menghidap HIV perlu mendapat sokongan keluarga dan masyarakat agar dapat mengurangkan tekanan, stigma serta memberikan harapan kepada penghidap dan bayi yang dilahirkan mengecapi kehidupan yang lebih positif.

Call for Inquiry