Ketahui Kanser Ovari
Beri perhatian kepada diri sendiri dan ambil tahu apa yang normal untuk badan anda. Jika mempunyai pendarahan faraj yang tidak normal, jumpa doktor secepat mungkin.
MENGENALI KANSER GINEKOLOGI
Tiada siapa menyangka mereka boleh menghidap penyakit kanser. Kita pernah dikejutkan dengan pemergian artis, Ary Malik yang meninggal dunia pada 28 Febuari lalu lepas berjuang hampir setahun melawan kanser ovari tahap empat. Kumpulan kanser ginekologi seperti lima jenis kanser kepada organ wanita :
- Pangkal rahim
- Ovari
- Rahim
- Faraj
- Vulva
APA ITU KANSER ?
Menurut pakar perubatan, kanser adalah penyakit di mana sel dalam badan tumbuh di luar kawalan. Kanser sentiasa dinamakan atas nama organ yang kali pertama dijangkiti, walaupun ia mungkin merebak ke bahagian organ lain kemudian hari. Dalam kes diatas, kanser bermula dalam ovari, ia dipanggil kanser ovari. Wanita normal mempunyai dua ovari yang terletak di pelvis, satu pada setiap sisi rahim. Tugas utama ovari adalah untuk menghasilkan hormon wanita bagi menghasilkan telur.
FAKTOR MENINGKATKAN RISIKO HIDAPI KANSER OVARI
- Wanita yang berada pada pertengahan umur atau lebih tua.
- Mempunyai sejarah keluarga terdekat yang menderita kanser ovari.
- Mempunyai kanser payudara atau kanser kolorektal ( usus besar).
- Tidak pernah melahirkan anak atau mempunyai masalah kurang subur.
- Mempunyai endometriosis.
Jika anda mempunyai satu atau lebih faktor di atas, ia tidak bermakna anda akan mendapat kanser ovari. Namun , anda harus berbincang dengan doktor risiko bakal dihadapi.
APAKAH GEJALA KANSER OVARI ?
- Pendarahan faraj jika keterlaluan atau sudah menopus.
- Sakit atau tekanan di dalam pelvis atau kawasan perut .
- Sakit belakang.
- Kembung, di mana kawasan bawah perut akan membengkak.
- Perubahan tabiat tandas seperti : kerap membuang air kecil, sembelit atau cirit-birit.
Beri perhatian kepada diri sendiri dan ambil tahu apa yang normal untuk badan anda. Jika mempunyai pendarahan faraj yang tidak normal, jumpa doktor secepat mungkin. Jika anda mempunyai tanda yang disebutkan di atas selama dua minggu atau lebih, berjumpalah dengan doktor. Gejala ini mungkin disebabkan oleh sesuatu, tetapi satu-satunya cara untuk mengetahui adalah dengan berjumpa doktor. Rawatan adalah paling berkesan apabila kanser ovari ditemui dan dirawat di peringkat awal.
BAGAIMANA MENCEGAH KANSER OVARI ?
Buat masa sekarang tiada cara yang diketahui untuk mengelakkan kanser ovari. Tetapi pekara berikut boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser ini :
- Menggunakan pil perancang keluarga lebih lima tahun
- Pembedahan mengeluarkan kedua-dua ovari atau histerektomi.
- Melahirkan anak.
ADAKAH KAEDAH PEMERIKSAAN YANG BOLEH MENGESAN KANSER OVARI PADA PERINGKAT AWAL ?
Pakar berpendapat tidak ada cara mudah dan boleh dipercayai untuk mengesan kanser ovari pada wanita yang tidak mempunyai apa-apa gejala. Hal ini kerana, ujian pap smear tidak menyaring kanser ovari. Satu-satunya kanser yang disaring melalui ujian pap smear adalah kanser serviks.
BAGAIMANAPUN, ADA LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL :
- Beri perhatian kepada badan dan tahu apa yang normal untuk anda.
- Jika mendapat perubahan tidak normal pada diri dan tanda berkaitan kanser ovari, berbincang dengan doktor anda.
- Tanya doktor, adakah perlu menjalani ujian seperti pemeriksaan pelvikrectovaginal, ultrasound transvaginal atau ujian darah CA125.
Jika doktor mengatakan anda mempunyai kanser ovari, minta dirujuk kepada pakar Ginekologi Onkologi, doktor yang dilatih untuk merawat kanser seperti ini. Doktor selalunya akan bekerjasama dengan anda untuk mewujudkan satu pelan rawatan bagi membantu anda sembuh seperti sediakala.