Rangsang Bayi Dalam Kandungan
Mempunyai anak pintar idaman setiap pasangan suami isteri. Dengan anak bijak dan pintar, menjadi kebanggaan tersendiri bagi ibu-bapa.
Namun, pernahkah ibu bapa berfikir kemahiran bayi boleh dibentuk sejak dalam kandungan? Selalunya, tatkala bayi mengalami perkembagan otak, semua sel-sel otak sudah melakukan sambungan dengan saraf sejak dalam perut ibu lagi. Justera disarankan ibu bapa melakukan ransangan otak bayi sebelum proses kelahiran lagi kerana membawa kesan positif membetuk sel-sel otak anak, sehingga nantinya seorang bayi itu boleh mempunyai kemampuan menakjubkan selepas di lahirkan.
Berikut beberapa langkah boleh di amalkan ibu bapa melatih anak dari dalam kandungan lagi. Sudah pasti sebelum kelahiran bayi lagi, ibu bapa menyediakan senarai nama untuk bakal anak mereka. Pemilihan nama itu mestilah yang baik supaya boleh menggambarkan perwatakannya.
Amalkan sikap berbual dengan bayi ketika trimester pertama. Andai amalan itu hanya di mulai menjangkau trismester kedua, kerapkan mengusap perut si ibu.
Seorang ayah mungkin tidak dapat merasa “tendangan” si bayi. Namun, sedarkah para ayah, bayi juga mahukan sentuhan seorang ayah. Cuba dekati perut si ibu dan ucapkanlah sesuatu yang baik-baik untuk bayi itu sperti membacakan ayat-ayat suci al-Quran.
Selain itu, jika ada kelapangan dirikan solat berjemaah dengan si ibu selesai solat, baca al-Quran bersama-sama. Ransangan dan sentuhan pada bayi amat penting dalam membina “ikatan antara kedua-duanya .
Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi kerana apabila ibu dalam keadaan gembira, begitu juga bayi. Penuhi keperluan nutrisi dalam permakanan. Perlu maklum, bakal ibu perlu makanan seimbang dan berkhasiat. Hal ini kerana setiap nutrisi daripada makanan yang kita makan akan sampai kepada bayi menerusi zat makanan.
Yang penting, pastikan sumber rezeki adalah halal. Elak membeli mengunakan wang daripada sumber di ragui kerana akan mengalir dalam darah bayi. Selain itu, amalkan memakan kacang badam atau ‘ almond’, Kurma bersama susu dan isi ikan.
Hal ini kerana, daging ikan amat baik untuk perkembangan otak bayi. Ada juga menyarankan si ibu mengambil pil minyak ikan sebagai nutrisi tambahan. Untuk merangsang otak bayi, digalakkan si ibu menyanyi dan bermain piano. Selain itu biasakan diri menyelesaikan soalan matematik. Hal ini di yakini kerana matematik banyak mengunakan fungsi otak. Latihan matematik di lakukan ketika bayi di dalam kandungan di pecayai dapat melatih otak bayi menjadi lebih bijak. Setelah melakukan yang terbaik mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing, ibu bapa perlu sentiasa berfikiran positif. Hal ini kerana, dengan mempraktikan amalan berfikir secara positif mampu melahirkan aura positif dalam keluarga itu sendiri. Sebaiknya, elakkan ‘tekanan’ kerana secara tidak lansung bayi akan berasa tekanan itu juga. Tidak lupa sebagai umat islam, kita harus banyak bedoa kepada sang pencipta kerana kunci.Persoalan di dalam hati kita, Dia memiliki jawapannya.