Hospital Umra, Shah Alam

Emergency
603 5518 4319
6019 664 4319
Make An Appointment

SIMPTOM AWAL HIPERTIROID

Menyingkap isu kesihatan berkaitan penyakit hipertiroid mungkin kelenjar tiroid di pangkal leher kelihatan bengkak.

Kami akan menyingkap isu kesihatan berkaitan penyakit hipertiroid mungkin kelenjar tiroid di pangkal leher kelihatan bengkak.Kehilangan berat badan secara tiba-tiba tanpa sebab yang di ketahui. Degupan jantung cepat atau tidak teratur, perubahan mata dan gegaran sedikit di jari tangan. Ini sedikit sebanyak mengganggu tidur dan berasa tidak selesa. 

Bagaimana doktor tahu saya mempunyai hipertiroidisme?

Diagnosis boleh disahkan dengan ujian darah yang mengukur jumlah hormon tiroid dalam darah. Jika ujian darah anda menunjukkan tiroid terlalu aktif, doktor akan membuat imbasan tiroid untuk melihat jika keseluruhan tiroid terjejas (menunjukkan penyakit Graves) atau jika anda mempunyai nodul tiroid atau thyroiditis.

Doctor women senior for healthcare, Senior nurse and woman patient clinic up and medical

Doktor boleh melakukan ujian iodin pengambilan radioaktif untuk mengukur keupayaan tiroid anda untuk mengambil iodin.Pengambilan tinggi iodin bermakna kelenjar tiroid anda menghasilkan terlalu banyak hormon, yang menunjukkan penyakit Graves atau nodul tiroid terlebih aktif.

Pengambilan rendah iodin menunjukkan thyroiditis sebagai punca hipertiroid anda. Jika anda mempunyai Hipertiroid, bermakna tiroid anda terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon yang dipanggil tiroksin. Ia boleh mempercepatkan metabolisme anda dengan ketara dan menyebabkan gejala yang tidak menyenangkan.

Beberapa tanda biasa termasuk:

  • Rasa gementar,cemas,atau cepat marah 
  • Mengalami perubahan mood 
  • Rasa sangat letih atau lemah 
  • Peka kepada haba 
  • Kelenjar tiroid membesar(goiter). Ini boleh membuat pangkal leher anda kelihatan bengkak 
  • Kehilangan berat badan secara tiba-tiba tanpa sebab yang di ketahui 
  • Denyutan jantung cepat atau tidak teratur atau berdebar-debar 
  • Peningkatan kekerapan dalam pergerakan usus
  • Gegaran di jari atau tangan 
  • Masalah tidur 
  • Penipisan kulit 
  • Perubahan dalam rambut yang menjadikanya halus dan rapuh 
  • Perubahan dalam kitaran haid anda.

Apabila mula mendapat hipertiroid, anda mugkin berasa sangat bertenaga. Ini kerana metabolisma anda di percepatlkan. Tetapi lama-kelamaan, peningkatan metabolisma sangat ketara menyebabkan berasa cepat letih.

Selalunya, hipertiroid berkembang perlahan dari masa ke masa, tetapi jika anda menhidap ketika muda, gejala mugkin datang secara tiba-tiba.

Bagi wanita berumur bawah 40-an, punca hipertiroid paling biasa adalah gangguan sistem imun di kenali sebagai penyakit Graves.

Selain gejala di atas kira-kira 30 peratus pesakit dengan penyakit Graves mempunyai kesan seperti mata membengkak, terlalu sensitif pada sinaran cahaya, kesakitan atau tekanan dalam mata serta kemerahan atau keradangan dalam atau di sekitar mata.

BAGAIMANA HIPERTIROID DIRAWAT? 

Terdapat beberapa rawatan untuk hipertiroid. Doktor akan memilih rawatan sesuai berdasarkan umur, keadaan fizikal, punca hipertiroid dan tahap keterukan. 

  • Iodin radioaktif – iodin radioaktif diambil melalui mulut. Ia masuk ke dalam aliran darah dan diserap oleh sel-sel tiroid terlalu aktif. Iodin radioaktif menyebabkan tahap hormon tiroid dalam badan berkurangan. Gejala biasanya reda dalam masa tiga hingga enam bulan.

Aktiviti tiroid rendah kekal (hipotiroidisma) biasanya adalah hasil akhir, tetapi ini boleh dirawat dengan makanan tambahan tiroid.

Walaupun kebimbangan mengenai bahan radioaktif, rawatan ini telah digunakan lebih dari 60 tahun tanpa sebarang masalah.Kebanyakan orang dewasa di Amerika Syarikat (AS) menghidap hipertiroid dirawat dengan iodin radioaktif

  • Ubat antitiroid – ubat merawat hipertiroid menyekat keupayaan tiroid menghasilkan hormon. Gejala mula bertambah baik antara enam hingga 12 minggu tetapi rawatan akan berlarutan selama sekurang-kurangnya setahun.
  • Pembedahan- hipertiroid boleh dirawat dengan pembedahan (dipanggil thyroidectomy) di mana doktor akan membuang sebahagian besar daripada kelenjar tiroid anda. Selepas pembedahan, anda mugkin akan menghidap hipotiroid (penyakit tiroid tidak begitu aktif). Anda mugkin perlu mengambil makanan tambahan hormon tiroid untuk untuk memulihkan tahap hormon supaya kembali normal 
  • Penghalang Beta – tidak kira apa kaedah rawatan yang digunakan, doktor anda boleh menetapkan ubat beta blocker untuk memperlahankan kadar denyutan jantung dan mengurangkan gejala berdebar, gementar dan cemas sehingga tahap tiroid anda lebih dekat dengan normal.
Call for Inquiry